Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Hadir Pesta Sebab Mahu Tidur, Shah Rukh Khan Beri John Abraham Motosikal Berkuasa Tinggi

Maliah Surip
20/08/2024 21:50 MYT
Aktor John Abraham mendedahkan dihadiahi sebuah motosikal berkuasa tinggi daripada pesohor Shah Rukh Khan selepas membintangi filem hit Pathaan.


Beri motosikal


Shah Rukh Khan memberi motosikal tersebut selepas Abraham tidak ikut serta meraikan kejayaan karya pembabitan mereka bersama awal tahun ini.

“Filem terakhir saya adalah bersama Shah Rukh Khan. Saya ingat waktu itu beliau adakan pesta meraikan kejayaan filem tersebut, Pathaan.

“Beliau ajak saya bersama tapi saya menolak. Saya beritahu mahu berehat di rumah dan tidur,” kenang Abraham sewaktu muncul dalam sebuah podcast seperti dilaporkan indianexpress.

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Sukar Kawal Isteri, Shah Rukh Khan Minta Peminat Selesaikan Masalah Rumah Tangga Sendiri

ARTIKEL BERKAITAN:Shah Rukh Khan Lakukan Pembedahan Hidung Di Amerika Syarikat

ARTIKEL BERKAITAN:Nawazuddin Siddiqui Dinilai Paling Hodoh, Tidak Layak Jadi Bintang Bollywood

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Persoal Amitabh Bachchan Masih Aktif Berlakon Pada Usia 81: “Ada Masalah?”

​ARTIKEL BERKAITAN:Dendam Masih Membara, Gangster Tembak Rumah Salman Khan


Oleh kerana dia menolak ajakan tersebut, Shah Rukh Khan menawarkan pertukaran buat Abraham.

“Jadi beliau tanya apa saya mahu? Saya katakan motosikal. Beliau belikan satu (motosikal) buat saya,” katanya.


Abraham sendiri diketahui sebagai aktor yang memang meminati motosikal berkuasa besar dan menjadikannya sebagai koleksi.

Shah Rukh Khan pula bukan pertama kali memberi rakan seperjuangan hadiah seperti motosikal. Sebelum ini beliau pernah menghadiahi pengarah filem Chennai Express dengan motosikal berkuasa tinggi pada tahun 2013.

#Shah Rukh Khan #SRK #John Abraham