Tak Hiraukan Larangan Bergambar, Lelaki Mati Dipijak Gajah Depan Tunang
Maliah Surip
10/07/2024 13:00 MYT
10/07/2024 13:00 MYT
Seorang pelancong dari Sepanyol maut dalam keadaan mengerikan selepas dipijak sekumpulan gajah yang berang dengan tindakannya turun dari kenderaan untuk merakamkan gambar.
Insiden tragis tersebut turut disaksikan tunang dan dua lagi penumpang yang sedang melakukan lawatan di Pilanesberg National Park, Afrika Selatan, lapor DailyMail.uk.
Menurut saksi, pelancong berusia 43 tahun tersebut telah dilarang turun dari kenderaan yang dinaiki selepas ternampak sekumpulan gajah berdekatan mereka.
Tindakan tersebut mengundang padah apabila kumpulan gajah tersebut berasa terancam, terutama kerana mempunyai anak gajah lalu menyerang lelaki tersebut.
Dia maut selepas dikejar dan dipijak walaupun cuba berlari menyelamatkan diri untuk kembali ke kenderaan yang juga terancam diserang kumpulan gajah tersebut.
Lebih mengerikan darah memercik dengan banyak di tanah selain beberapa bahagian badan yang patah telah disaksikan oleh tunangnya yang meraung ketakutan dan kesedihan.
Pilanesberg National Park merupakan salah satu tarikan popular pelancong dan pernah dilawati oleh bintang bola sepak England termasuk David Beckham bersama Wayne Rooney sewaktu mengikuti kempen World Cup pada tahun 2010.
Mengikut peraturan yang dikeluarkan pihak bertanggungjawab, pelancong dilarang turun dari kenderaan untuk mendekati haiwan liar di kawasan tersebut dan larangan tersebut turut dicatatkan pada tiket masuk.
Insiden tragis tersebut turut disaksikan tunang dan dua lagi penumpang yang sedang melakukan lawatan di Pilanesberg National Park, Afrika Selatan, lapor DailyMail.uk.
Menurut saksi, pelancong berusia 43 tahun tersebut telah dilarang turun dari kenderaan yang dinaiki selepas ternampak sekumpulan gajah berdekatan mereka.
BERITA TRENDING: Karma! Pemburu Maut Dihempap Gajah Yang Ditembak Rakan
Tanpa menghiraukan larangan, dia telah menghampiri kumpulan enam ekor gajah tersebut untuk bergambar dengan lebih dekat.Tindakan tersebut mengundang padah apabila kumpulan gajah tersebut berasa terancam, terutama kerana mempunyai anak gajah lalu menyerang lelaki tersebut.