Hiburan
"Tak Kaku Langsung" - Netizen Puji Lakonan Uyaina Arshad
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, 26, berkongsi sebuah video yang telah mendapat pujian netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.
Semuanya gara-gara watak Mariam dalam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan.
Rata-rata netizen memuji hasil lakonan Uyaina yang tidak kaku malah lebih baik daripada pelakon baru lain walaupun itu merupakan pertama kali dia berlakon.
"@pejal_khir: I think you tak nampak kekok and you give apa you ada untuk drama. Tahniah tapi awak punya kepochi tu boleh satu kampung dengar hahaha."
"@fendza: Best sangat..tak kaku langsung..kalah pelakon baru yang lain."
"@epolliverpool: Pandai melakon kan watak..Kelakar juga kadang-kadang."
"@qiilalaa: Bestnyaaa maryam dah muncul!! Best sangat kalau ada bff macam maryam and your acting tak nampak kekoklah."
"@mairaandkids: Harap sangat lepas ni yana dapat untuk jadi watak heroin pulak..Sebab suka tengok yana berlakon..Natural beauty!"
"@renahazrena: Cayalaaaa hebat adik."
Selain Uyaina, drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi Remy Ishak, Mira Filzah, Harris Anuar, Rozita Che Wan, Faez Nik, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.
Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini akan disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135).
Dalam perkembangan lain, Uyaina dan Radin mengacarakan rancangan Kashoorga Talk yang menemui anda setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135).
Must-Watch Video