Hiburan

Tak Kedekut Rezeki, Betty Benafe Edar, Kongsi Resepi Bubur Lambuk Istimewa

gempak
Mya Amri
06/05/2020
06:46 MYT
Sponsor Banner
Tak Kedekut Rezeki, Betty Benafe Edar, Kongsi Resepi Bubur Lambuk Istimewa
Prihatin dengan permintaan masyarakat, pelakon Betty Banafe mengambil inisiatif memasak bubur lambuk yang diberi nama Bubur Lambuk Banafee.
Menurut Betty yang juga pemilik rangkaian Restoran Banafee itu, dia memasak bubur lambuk tersebut dengan menggunakan resipi istimewanya.
“Tidak susah memasak bubur lambuk kerana paling penting tidak kedekut bahan-bahan untuk menjadikannya lebih enak, selain memasaknya dengan kasih sayang,” katanya kepada Sinar Harian di Restoran Banafee Johor Bahru di sini baru-baru ini. Berkongsi resipi dan cara memasak bubur berkenaan, pelakon drama popular Spa Q itu berkata, untuk menjadikan bubur lambuk enak, ia perlu menggunakan beras siam dan bahan masakan yang segar.
Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau memasak sebanyak 1,000 pek bubur lambuk untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai.
Terdahulu, bubur lambuk Johor adalah makanan tradisi yang sering dijadikan juadah ketika berbuka puasa.
Juadah tersebut biasanya dijual di bazar-bazar Ramadan atau diagihkan secara percuma di masjid serta surau tetapi berbeza pada tahun ini kerana ia sukar diperoleh susulan pandemik koronavirus (COVID-19). RESEPI BUBUR LAMBUK
BAHAN UTAMA
1 cawan beras siam 1 sudu rempah kurma 12 cawan air 1 cawan santan 1 helai daun pandan (simpul) 1 sup bunjut Adabi 1 kiub ayam 1 cawan kacang kuda 1 sudu teh lada hitam (kisar halus) 1 cawan sayur campuran (lobak merah, jagung, kacang pis) 2 genggam pucuk paku merah
BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 2 batang serai (diketuk)
BAHAN KISAR HALUS
2 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1/2 inci halis
BAHAN SAMPINGAN
Hirisan daun sup Hirisan daun bawang Bawang goreng Telur dadar nipis yang dimayang halus Serunding daging Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK
- Kacang kuda direndam semalaman. - beras dicuci dan ditoskan. - Satukan bahan kisar halus dengan rempah kurma dan kacau rata sehingga menjadi pes. - Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. - Masukkan pes rempah dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan beras dan gaul rata. - Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda, dan isi ayam. Kacau rata dan masak sehingga beras kembang menjadi bubur. - Masukkan sayur campuran, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. - Masukkan santan (jika suka cair tambah air) - Masukkan daun pucuk paku merah. Kacau dan rasa. Sedia untuk dihidang.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live