“Tak Kekwatlah Saya Rabun, Siapalah Kita Nak Berlagak” – Nad Zainal
Mya Amri
09/11/2018 09:51 MYT
09/11/2018 09:51 MYT
Pelakon Nad Zainal menjelaskan dia bukan bersikap sombong seperti yang didakwa netizen sebaliknya mengalami masalah penglihatan kurang jelas sejak berumur 9 tahun.
Kata Nad, perkara itu menyebabkan wajahnya kelihatan sombong.
“Orang kata muka kita kekwat, muka kita kekwat tetapi kita tak kekwatla. Dan saya rabun. Rabun sejak darjah dua,” jelasnya menerusi ruangan Insta Story miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nad juga turut memberitahu berasa kurang senang sekiranya ada pihak yang tersalah anggap mengenai situasi dirinya.
“Siapalah kita nak berlagak, mati esok dalam tanah jua. To all yang rasa I macam kekwat tu, minta ampun.
“Tak best tau bila orang salah anggap. Sejak ada anak ni, naik seram bila orang salah anggap. Nak buat muka nampak sweet 24 jam boleh tak? #problemmukaketat,” tulisnya menerusi entri terbaru di Instagramnya hari ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menafikan Nad bersikap sombong sebaliknya pelakon itu seorang yang peramah.
Foto: Instagram @nadzainal