Hiburan
Tak Kelakar Ya Bila Telefon Jahanam, Ramai Netizen Jadi Mangsa Kerana Wallpaper Ini!
Pada zaman yang serba canggih ini tiada apa yang mustahil.
Malah, dengan hanya menggunakan sekeping gambar saja ia sudah boleh melumpuhkan operasi sesebuah gajet.
Itulah yang terjadi pada sesetengah pengguna sejujus menggunakan imej latar belakang atau wallpaper yang semakin viral ketika ini.
Jika anda terlihat wallpaper memaparkan pemandangan indah di tepi tasik, jadi janganlah berani untuk menetapkan ia sebagai wallpaper telefon pintar.
Ini kerana jika anda menggunakan sistem operasi Android, sebilangan peranti akan tersekat pada 'boot loop' dan ada juga yang akan gagal beroperasi sebaik sahaja peranti dihidupkan semula.
Antara yang menjadi mangsa adalah Mohamad Rahim Azfar yang menggunakan peranti jenama One Plus.
Menurutnya, sebaik saja menggunakan wallpaper berkenaan, telefon pintarnya terus terpadam.
"Memang akan padam sekelip mata. Saya tekan ok je dekat wallpaper, telefon akan terus jadi hitam langsung tak boleh buat apa-apa, macam tu.
"Saya tak sangka pula dengan hanya wallpaper telefon boleh jadi rosak.
"Apa yang saya buat adalah hard reset dan padam segala data untuk hidupkan semula telefon," katanya kepada Gempak.
Menerusi pemerhatian Gempak di Twitter, bukan saja Mohamad Rahim mengalami masalah tersebut, malah ramai yang menjadi mangsa kegiatan ini.
Anda boleh lihat antara keluhan Netizen di Twitter.
Jangan cuba2 , Samsung S20 Ultra pun terus rosak , nak bukak safe mode utk tukar wallpaper blk pun xboleh sebab restart none stop https://t.co/M7Jwff5A7G
— NIZAM (@NizamArif_) June 1, 2020
Biarpun bukan semua peranti Android yang terjejas akibat masalah ini, namun pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati.
Must-Watch Video