Laman Utama

"Tak Kesian Ke?" - Khai Terkilan Sikap Segelintir Masyarakat, Ajak Terus Fikirkan Tentang Frontliner & Pesakit COVID-19

Asraf Aided
27/11/2020
08:45 MYT
Penyanyi dan bintang Akademi Fantasia musim pertama, Khai mengajak orang ramai untuk sentiasa mengingati dan menghormati jasa frontliner dalam menguruskan pesakit dan menentang penularan wabak COVID-19.
Khai juga tertanya-tanya sama ada golongan yang merungut tentang SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini mempunyai rasa kasihan terhadap frontliner dan pesakit COVID-19 itu sendiri.
"Yang tengah bising pasal isu COVID-19, SOP PKPB ni, korang tak kesian ke dekat frontliner dan pesakit COVID-19, memang ramai yang sembuh tapi kesan tetap ada.
"Frontliner pun sampai berbulan-bulan tak jumpa keluarga. Kami ada saudara yang kena Covid dan ada kawan yang bertugas sebagai frontliner, hormatilah mereka," tulis Khai menerusi Twitter.
Pada masa yang sama, Khai turut berkongsi foto paparan skrin kenyataan itu di akaun Instagram miliknya.
Di ruangan kapsyen, Khai mengajak orang ramai untuk mendoakan kebaikan buat semua frontliner dan pesakit COVID-19.
"Doakan yang baik-baik untuk semua frontliner dan pesakit COVID-19.
"Hanya mereka sahaja yang tahu situasi yang mereka hadapi sekarang, Allahuakbar," tulisnya.
Orang ramai dinasihati untuk terus mengamalkan semua langkah pencegahan, keluar rumah ketika perlu sahaja dan patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Berseronok Dengan Rakan Lelaki Songsang, Khai Bahar Maafkan Pemfitnah! - "Kalau Nak Bercakap Kena Ada Bukti

gempak
18/01/2024
00:00 MYT
Jangan fitnah orang.
Laman Utama

Wah Ada Suara Inspektor Sani & Khai! PUBG Mobile Lancar Pek Khas Untuk Polis Evo 3

gempak
12/06/2023
04:29 MYT
PUBG Mobile Lancarkan Pek Khas Untuk Polis EVO 3
Laman Utama

Juang Hargai Frontliner, Belanja Tayangan Percuma Untuk 170 Barisan Hadapan

gempak
03/09/2022
12:00 MYT
Tayangan percuma Juang untuk frontliner
Laman Utama

PdPR: Guru Didakwa 'Makan Gaji Buta', Padahal Ramai Tak Tahu Mental & Emosi Sendiri 'Koyak'! - "Prof Muhaya Pesan Ubah Risau Jadi Doa"

gempak
15/09/2021
07:10 MYT
Guru ni frontliner tak didendang!
Laman Utama

“Saya Tak Pertikaikan Kerja Frontliner Tapi…”- Bebas Kuarantin, Sherie Merlis Perjelas Keadaan Sebenar

gempak
03/09/2021
10:00 MYT
Sherie Merlis sudah 'burn out' ketika minta bantuan