Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Tak Kesian Ke?" - Khai Terkilan Sikap Segelintir Masyarakat, Ajak Terus Fikirkan Tentang Frontliner & Pesakit COVID-19

Asraf Aided
27/11/2020 08:45 MYT
Penyanyi dan bintang Akademi Fantasia musim pertama, Khai mengajak orang ramai untuk sentiasa mengingati dan menghormati jasa frontliner dalam menguruskan pesakit dan menentang penularan wabak COVID-19.

Khai juga tertanya-tanya sama ada golongan yang merungut tentang SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini mempunyai rasa kasihan terhadap frontliner dan pesakit COVID-19 itu sendiri.

"Yang tengah bising pasal isu COVID-19, SOP PKPB ni, korang tak kesian ke dekat frontliner dan pesakit COVID-19, memang ramai yang sembuh tapi kesan tetap ada.

"Frontliner pun sampai berbulan-bulan tak jumpa keluarga. Kami ada saudara yang kena Covid dan ada kawan yang bertugas sebagai frontliner, hormatilah mereka," tulis Khai menerusi Twitter.

Pada masa yang sama, Khai turut berkongsi foto paparan skrin kenyataan itu di akaun Instagram miliknya.

Di ruangan kapsyen, Khai mengajak orang ramai untuk mendoakan kebaikan buat semua frontliner dan pesakit COVID-19.

"Doakan yang baik-baik untuk semua frontliner dan pesakit COVID-19.

"Hanya mereka sahaja yang tahu situasi yang mereka hadapi sekarang, Allahuakbar," tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma)


Orang ramai dinasihati untuk terus mengamalkan semua langkah pencegahan, keluar rumah ketika perlu sahaja dan patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


 
#Khai #Frontliner