Pelakon dan penyanyi Bae Suzy akui tidak kisah menerima tawaran lakonan untuk filem Ashfall walaupun babaknya tidak banyak.

Menurut Suzy, dia mengambil tawaran untuk melakonkan watak ibu hamil kerana ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

“Saya seronok ketika membaca skrip dan jalan ceritanya juga membuatkan saya benar-benar mahu menjadi sebahagian daripada filem tersebut.

“Walaupun waktu kemunculan saya untuk filem itu tidak banyak namun saya tidak terlalu memberikan fokus terhadap perkara tersebut.

“Apa yang lebih utama bagi saya ketika menerima sesuatu naskah adalah mencuba karya berbeza berbanding apa yang pernah saya lakukan sebelum ini,” jelasnya,

Suzy berkata demikian sewaktu sidang media filem Ashfall yang berlangsung di Yongsan CGV I-Park, Seoul, Korea baru-baru ini.

Terdahulu, Suzy memegang watak sebagai Ji Young iaitu seorang ibu hamil dalam filem berkenaan.