gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
DRAMA
Astro Originals Honey Trap Angkat Isu Skizofrenia Dengan Penuh Sensitiviti - “Kami Sangat Sedar Akan…”
VIRAL
Lelaki Kahwini Patung Kayu Penuhi Hasrat Bapa - "8 Anak Saya Sudah Berkahwin Jadi..."
HIBURAN
Selesa Hidup Terpencil, Jet Li Alami Social Anxiety
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tak Kisah Dikecam, Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies

Firdaus
Firdaus
02/05/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Kisah Dikecam, Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies
Tidak terganggu dengan kecaman, pengarah dan penerbit, Erma Fatima enggan menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pelakon kontroversi Ruhainies dan Aliff Aziz pada masa akan datang.

Bezakan Bakat & Peribadi

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, bakat yang dimiliki dua selebriti itu tidak ada kena mengena dengan masalah peribadi yang dihadapi buat masa ini.
"Untuk saya bakat dan masalah peribadi tiada kena mengena. Untuk bekerjasama dengan mereka (Aliff dan Ruhainies) pada masa akan datang tiada masalah.
"Berkemungkinan bekerjasama dengan mereka itu boleh sahaja berlaku," katanya.

Tak Boikot Artis Kontroversi

Erma menerangkan perkara berkenaan selepas ada segelintir penerbit yang ingin memboikot dua selebriti tersebut selepas nama mereka terpalit dengan kontroversi dan isu ditangkap berkhalwat.
Terdahulu, penerbit itu dikecam warganet selepas dia mengeluarkan kenyataan yang kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine untuk berhenti membuka aib selebriti tanah air.
Malah, kakak kepada pelakon Umie Aida itu turut meminta Sarah untuk ‘berambus’ dari Malaysia dan menyelesaikan masalah perhubungannya bersama Aliff di Singaopura.
Bagaimanapun, Erma menyatakan dirinya tidak kisah dikecam, sebaliknya hanya ingin memperjuangkan hak dan membela nasib penggiat seni tanah air daripada terus ‘dibogelkan’ oleh Sarah Yasmine.

BERITA TRENDING: Peguam Anggap Isu Sarah Yasmine Tak Perlu Dibawa Ke Pihak Berkuasa - “Kenapa Kita Nak Buang Masa Polis Malaysia?”

BERITA TRENDING: Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Topic Berkaitan
#Viral
#Kontroversi
#Erma Fatima
#Aliff Aziz
#Ruhainies
#Netizen
#hiburan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement