Pelakon Nazim Othman akui dia sendiri yang memilih watak dan karakter dalam siri premium KUASA demi menonjolkan kelainan dalam lakonannya.
Kata Nazim penonton bakal melihat satu dinamik yang berbeza dalam lakonannya kali ini kerana terdapat lapisan karakter antagonis dalam watak Darius.
“Saya ‘fight’ untuk watak ini sendiri dari penerbit dan pengarah kerana saya mahu lakonkan watak antagonis yang berbeza dari sebelum ini.
“Lagipun sebelum itu saya baru sahaja selesai dengan dua tiga drama yang memerlukan saya membawa watak baik, jadi saya sudah mula rasa ‘mellow’.
“Watak Darius ni ada ‘layer’ tersendiri dan lain dari yang lain watak antagonis yang pernah saya lihat. Agak daring juga,” katanya kepada Gempak.
Nazim ditemui sewaktu majlis sidang media drama premium Kuasa kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions di Dadi Cinema, Pavillion, Rabu lalu.
Drama yang bakal menemui penonton mulai 11 April ini mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Selain Nazim, KUASA yang merupakan Astro Original siri itu membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.
Tambah Nazim lagi dia puas apabila dapat membawakan karakter antagonis yang didakwa bakal dibenci penonton dalam siri premium, KUASA.
“Darius ni dia bawa banyak keuntungan dalam keluarga menang anugerah semua tapi dia juga ‘troublemaker’.,
“Jahat dia tu sampai bila gaduh dengan bapa dia nak cekik. Dia seorang rasa ada seperti ada kuasa. Mungkin saya dibenci. Tapi saya tak kisah pun,” ceritanya lagi.
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.
Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Syafiqah Jalal
Wed Apr 06 2022


Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.

Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”
Memang best!

Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Lari Selepas Bunuh Isteri & Bayi Usia 44 Hari?
Viral video lelaki tunggang motosikal sambil berbogel.

“Hilang Kata… Alhamdulillah Terima Kasih” - Cecah RM47 Juta, Mat Kilau Pecah Rekod Munafik 2
Power Mat Kilau ni lain macam. Tahniah.

“Bakal Dikecam, Dihina, Dimaki Tapi…”- Iqram Dinzly Berlakon Jadi Suami Yang…
Jahat sangat ke Iqram Dinzly?

Karaoke Superstar Minggu 5 - Highlight & Komen Juri
Layan teruk weh Karaoke Superstar Minggu 5! Korang enjoy tak layan? Kalau nak tengok lebih lagi...dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my #KaraokeSuperstar #astrogempak

“Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma
Memang ada kelas!

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.