Pelakon Atikah Suhaime mengakui dia menggemari lelaki yang berperut buncit dan punyai kewangan yang stabil.

Namun, pelakon kelahiran Singapura itu tidak kisah seandainya berjodohan dengan lelaki yang berbeza usia.

"Seriuslah, dia (calon suami) haruslah stabil. Saya tak kisah umur sebab umur tak menunjukkan seseorang itu sudah matang.

"Kadang-kadang saya pernah nampak orang berusia 60 tahun tapi berperangai seperti budak kecil.

"Paling penting stabil, kelakar dan saya juga suka lelaki yang perutnya buncit," katanya dalam satu temu bual bersama sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini.

Sila tag kawan-kawan korang yg buncit.?? perfecto ??? @hotfm976 @fizie_hotfm @shuibsepahtu @shuk_hotfm

A post shared by Atikah Suhaime ?????? (@therealatikahsuhaime) on


Kenyataan bekas tunang penyanyi Awi Rafael itu mengundang perhatian ramai apabila dia turut memuat naik rakaman sesi temu bual itu di laman sosial Instagramnya.

Malah, ada yang cuba mengambil hati dan membuktikan diri sendiri punyai ciri-ciri lelaki dambaan Atikah.

Sebelum ini, Atikah mengakui sedang berkenalan dengan seorang usahawan berpangkat datuk yang juga anak kepada pengasas produk mandian sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, tali pertunangan Atikah dan Awi putus pada 14 Mac beberapa hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.

Kedua-duanya kini membawa haluan hidup masing-masing.