Pelakon Kamal Adli tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa sempena hari jadi tunangnya iaitu aktres Uqasha Senrose.

Kamal berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Tiada apa yang diminta Kamal melainkan supaya Uqasha sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Tuhan.

“Happy birthday to my special girl @uqashasenrose2… Saya tahu bagaimana awak sedih sebab pkpd jatuh birthday awk.

“Maafkan saya jauh pula tahun ini seberang daerah. Apa pun semoga Allah panjangkan umur, murah rezeki, di permudahkan segala urusan termasuk urusan kita.

“Semoga di kurniakan kesihatan berpanjangan, di makbulkan segala doa. You are strong girl, tabah kuat dan cergas (macam iklan susu pula).

“InsyaAllah yang baik-baik je saya doakan untuk awak ya! Still young still banyak lagi untuk di capai. Tak lama lagi dah tak single ok!

“Stay cantik and always cantik pun. Ya Allah kau lindungilah dia dan peliharahlah dia sebaiknya. Amin. I love you so much cik tunang,” tulisnya.

A post shared by K.A (@kamaladli)


Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya tersentuh dengan ucapan Kamal dan mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke jinjang pelamin.

Kamal dan Uqasha telah mengikat tali pertunagan pada April lalu.

Hubungan cinta pasangan ini berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019 namun tiada sebarang pengesahan dibuat pada ketika itu.