Hiburan
"Tak Letak Harapan, Saya Nak Happy Je..." - Sean Lee
Bintang baru yang semakin meningkat naik, Sean Lee tidak meletakkan sebarang harapan sempena kehadiran tahun 2020.
Aktif sebagai pelakon dan pengacara, Sean bersyukur kerana dirinya semakin mendapat tempat untuk mengembangkan kerjaya dalam industri hiburan.
"Tahun 2019 sangat bermakna bagi saya. Sejujurnya, saya sangat bersyukur kerana tahun lalu banyak memberikan kenangan manis untuk saya dari segi kerjaya.
"Jadi, sempena kedatangan tahun baru, saya tak mahu meletakkan sebarang harapan kerana saya takut saya tak dapat mencapainya. Saya mahu 'happy' sahaja dan apa yang penting, saya mahu lebih bekerja keras," kata Sean.
Dalam pada itu, Sean juga turut berterima kasih kepada pengarah yang memberikan peluang kepadanya.
"Terima kasih kepada semua sutradara yang mempercayai bakat saya dan mengambil saya bekerja di bawah arahan mereka.
"Terima kasih juga kepada semua peminat kerana tanpa mereka, sudah tentu saya tidak berada di sini untuk mengasah bakat dalam industri hiburan," katanya lagi.
Sean ditemui di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Lancome di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam acara terbabit, Sean bertindak selaku pengacara dan majlis terbabit turut dihadiri oleh selebriti seperti Neelofa, Dynas Mokhtar, Fiza Sabjahan, Sherry Ibrahim, Hunny Madu, Hani Fadzil dan ramai lagi.