“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback
Mya Amri
20/11/2024 03:55 MYT
20/11/2024 03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Menurut Farhan, dia merasakan program Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) ini merupakan platform terbaik untuk menunjukkan kualititi Zulin selaku pelawak wanita berbakat di negara ini.
“Mungkin platform ini merupakan rezeki atau turning point untuk orang ramai melihat semula bakat Zulin. Jadi, saya izinkan dan berikan sokongan penuh sepanjang MLS4 ini,” katanya.
Farhan berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media MLS4 yang berlangsung di Auditorium CIDB, Cheras pada Ahad.
“Saya pun tak faham sangat tentang dunia komedi ini tapi saya tetap luangkan masa dan bantu apa yang perlu,” jelasnya.
Terdahulu, kumpulan Zuara telah meraih tempat kelima seterusnya membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi.
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
Juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan Harith Iskander manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
Zulin minta izin, suami benarkan
Menurut Farhan, dia merasakan program Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) ini merupakan platform terbaik untuk menunjukkan kualititi Zulin selaku pelawak wanita berbakat di negara ini.“Pertama sekali, dia ada bertanya kepada saya dahulu. Katanya ada kumpulan ajak masuk MLS4 dan ahlinya adalah Chiwan dan Nizam. Saya pun memang peminat MLS dan MLM.
“Bila dia minta izin, saya pun benarkan. Saya bagitau dia, apa salahnya dia mencuba dan buat ‘comeback’.
“Mungkin platform ini merupakan rezeki atau turning point untuk orang ramai melihat semula bakat Zulin. Jadi, saya izinkan dan berikan sokongan penuh sepanjang MLS4 ini,” katanya.
Farhan berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media MLS4 yang berlangsung di Auditorium CIDB, Cheras pada Ahad.
Lihat susah payah isteri
Tambah Farhan lagi, sepanjang sembilan minggu bertanding di MLS4, dia dapat melihat kesungguhan kumpulan Zuara untuk menghasilkan persembahan yang terbaik.“Saya tahu kepayahan yang terpaksa dia hadapi untuk bertanding di program ini. Saya pun tak berhenti berikan sokongan moral dan penuhi apa sahaja yang dia mahukan.
“Saya pun tak faham sangat tentang dunia komedi ini tapi saya tetap luangkan masa dan bantu apa yang perlu,” jelasnya.
Harap isteri pandai bawa diri
Ditanya adakah dia meletakkan sebarang syarat buat Zulin selepas isterinya itu memutuskan untuk kembali aktif di dalam dunia seni, Farhan berkata tidak namun diharapkan Zulin pandai membawa diri.“Saya tidak meletakkan sebarang syarat kerana saya pun faham kerjaya dia. Sewaktu kami berkenalan pun, kita tahu dia memang aktif dalam dunia seni.
“Kami pun faham antara satu sama lain. Asalkan tahu jaga batas dan boleh seimbangkan diantara kerjaya dan kelurga,” ujarnya.
Terdahulu, kumpulan Zuara telah meraih tempat kelima seterusnya membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi.
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
ARTIKEL BERKAITAN:MLS4: Zulin Aziz Kembali Ke Pentas Lawak Selepas ‘Termakan’ Pujukan Seorang Artis! - “Ikutkan, Saya Memang Tak Nak Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”
ARTIKEL BERKAITAN:Zulin Aziz Nasihat Jangan Asyik Nak Kecam Orang - “Reti Siang Ikan Tapi Malas Masak Pun Tak Guna”
ARTIKEL BERKAITAN:Nasihat Zulin Aziz Untuk Netizen Yang Gemar Sebar Fitnah Di Laman Sosial - “Tak Penting Pun Perasaan Tak Suka Kau Kat…”
ARTIKEL BERKAITAN:Nampak Bekas Tapak Tangan Di Cermin, Bunyi Perabot Ditarik, Zulin Dikacau Hantu Ketika Di Cameron Highlands