Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

Umirah Halim
13/10/2024 02:49 MYT

Pelakon, Kamal Adli menepis dakwaan mengaitkan isterinya mengasari bekas pembantu peribadi.

Semua fitnah

Menurut Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, bertegas, segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak bekas pembantu peribadi isterinya itu adalah fitnah.

“Segala tuduhan itu semua fitnah, sebab itu saya dan Uqasha tenang sahaja.

“Saya rasa kalau orang yang tahu cerita sebenar, boleh menilai sendiri apa yang sudah terjadi.

“Contohnya, kes barang hilang, dia sudah dilantik untuk menjadi pembantu peribadi jadi dia lah yang bertanggunjawab untuk menjaga barang tersebut. Bila hilang siapa lagi nak tanya? Tak mahu menuduh cuma barang tersebut kali terakhir berada di tangan dia (pembantu peribadi Uqasha),” katanya ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV Bandar Utama, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - “Memang Kaya Sungguh…”

​BERITA TRENDING: Uqasha Senrose Dakwa Pembantu Peribadi Berperangai ‘Buruk’ - “Main Pakai Baju Tidur Orang Sesuka Hati?”

​BERITA TRENDING: Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”

​BERITA TRENDING: Fattah Amin Steady! Lumba Lari Kalahkan Nabil -

Tambah pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu, kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis.

“Kami tak sebarkan cerita ni dan pergi ke media pun, pihak sebelah sana yang mulakan, sebab tu kes ini jadi kes polis.

"Tak logiklah isu pukul tu. Kalau betul kena pukul, tunjuk bukti. Kasihan dekat Uqasha, dia selalu jadi 'mangsa' dari zaman tuduhan membuli," jelasnya.

Sebelum ini, nama Uqasha dikaitkan dengan isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi sehingga menjadi perbualan hangat netizen dalam media sosial.

Perkara tersebut timbul susulan seorang individu yang juga merupakan pembantu peribadi kepada pelakon wanita itu mendakwa dipukul oleh aktres berkenaan kerana mendedahkan masalah rumah tangganya kepada ibu aktres itu.

Kakak kepada pembantu peribadi yang meminta tidak didedahkan identitinya mendakwa, adiknya itu dipukul sebanyak dua kali termasuk di hadapan ibu pelakon wanita berkenaan.

Dakwa wanita itu, aktres berkenaan menumbuk pada bahagian dahu selain mengacukan senjata tajam ke arah adiknya sehingga mendatangkan kecederaan.

Meskipun tidak mendedahkan nama aktres tersebut, netizen mula membuat spekulasi mengaitkan Uqasha adalah individu yang dimaksudkan.

Ugasha bagaimanapun menafikan dia terlibat dalam kejadian itu malah secara peribadi tidak tergamak melakukan perbuatan sebegitu.

#Kamal Adli #Pukul #Fitnah #Senrose #Uqasha #Pembantu Peribadi
;