Hiburan

Tak Mahu Sertai Sebarang Pertandingan Lawak, Ini Alasan Ebby Yus…

Azwa Rahman
28/11/2019
09:56 MYT
Pelakon dan Pelawak terkenal Ebby Yus mengakui tidak mahu menyertai sebarang pertandingan lawak berikutan masalah kesihatan.
Menurut Ebby atau nama sebenarnya Mohammad Yunus Abdul Rashid, 55, dia telah menerima tawaran untuk menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) sejak dari musim pertama lagi tapi terpaksa menolak kerana tidak mahu tertekan.
“Bukan sahaja saya terima tawaran daripada pihak Astro, malah pelawak Ropie turut menawarkan saya untuk menyertai kumpulanya dalam MLM2019.
“Minat tu memang minat, tapi saya terpaksa menolak dengan cara baik memandangkan masalah kesihatan saya yang tidak mengizinkan,” ujarnya kepada Gempak.
Ebby ditemui ketika majlis sidang media Stand Up Comedy Otai anjuran saluran Astro Warna bertempat di The Love, Matic pada Selasa.
Tambah Ebby lagi, dia kini masih menjalani rawatan bagi penyakit buah pinggang tahap tiga yang telah dihidapi sejak tiga tahun lalu.
“Alhamdulillah, rezeki saya menerima tawaran berlakon tidak putus namun saya terpaksa memilih mana yang saya boleh buat.
“Setakat ni saya elakkan untuk ambil tawaran yang memerlukan saya bekerja di kawasan luar sebab bila terlalu panas, saya akan mengalami masalah pening. Saya banyak ambil tawaran yang melibatkan penggambaran di dalam studio,” jelasnya lagi.
Sedikit perkembangan terbaru, Ebby akan muncul bersama ramai lagi pelawak otai antaranya kumpulan Senario, Shamsul Ghau Ghau, Wan Maimunah, Imuda, Jalil Hamid dalam sebuah showcase komedi stand up.
Program Stand Up Comedy Otai akan bersiaran pada setiap hari Khamis bermula 5 Disember jam 9.30 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

gempak
25/07/2024
06:55 MYT
Pelawak veteran, Sathia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar ringan 16 Julai lalu.
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.