Skip to main content

Trend Pasaran

Tak Makan Pedas & Pernah Pakai Sut Pelindung Diri Dalam Pengangkutan Awam, Ini 10 Fakta Menarik Mengenai Soya Plan

astro-gempak-fakta-mengenai-soya.jpg

Tiada angin tiada ribut, nama Soya Plan tiba-tiba menjadi topik bualan netizen gara-gara hubungan cintanya dengan Youtuber dari Taiwan punah di tengah jalan.

Hal tersebut sangat memeritkan buat Soya, apatah lagi hubungannya dengan lelaki bernama Rene itu baru sahaja memasuki tahun yang keempat.

Siapakah Soya? Jom semak 10 fakta yang anda perlu tahu mengenai pempengaruh ini:

- Soya atau lebih dikenali dengan ‘Soya Itchy Hand Pland’ merupakan seorang Youtuber dari Sabah.

- Soya merupakan YouTuber Malaysia yang menetap di Taiwan. Dia sering berkongsi perbezaan budaya antara Malaysia dan Taiwan dalam videonya.

- Sungguhpun berasal dari Malaysia dan menetap di Taiwan, Soya tidak makan pedas!

- Gayanya yang semula jadi dan bersahaja telah memenangi ramai peminatnya di dalam dan luar negara.

- Mula dikenali selepas mendedahkan hubungan cintanya dengan seorang youtuber iaitu ‘super strong series’ yang terkenal dari Taiwan 13 Oktober 2020.


- Soya melangkah masuk ke bidang lakonan di Taiwan menerusi drama berjudul The Proud Daughter of Heaven pada tahun 2021 sebagai pelakon undangan dan membawakan watak sebagai perempuan simpanan.

- Pada 2022, Soya yang menetap di Taiwan mengambil peluang untuk pulang menyambut perayaan di Malaysia.

- Bagaimanapun dia kemudiannya menjadi bualan netizen selepas muncul dengan memakai sut pelindung diri di dalam pengangkutan awam selepas dikuarantin.

- Pada April 2024, Soya sekali lagi menjadi tumpuan selepas mengumumkan hubungan cintanya dengan youtuber Taiwan, Rene Huang telah berakhir.

- Hubungan cinta selama empat tahun itu berakhir selepas merasakan lelaki berkenaan bukanlah jodoh yang sesuai untuknya.

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement