Terkini

Isu Tempatkan Lelaki, Perempuan Satu Rumah, Isa Isarb Batalkan Program, Reda Rugi RM500,000 - “Salah Tetap Salah”

gempak
Mya Amri
19/05/2024
04:52 MYT
Sponsor Banner
Isu Tempatkan Lelaki, Perempuan Satu Rumah, Isa Isarb Batalkan Program, Reda Rugi RM500,000 - “Salah Tetap Salah”
YouTuber terkenal, Isa Isarb tampil memberikan penjelasan berkenaan isu menempatkan beberapa orang lelaki dan perempuan dalam satu rumah selama 77 hari semata-mata untuk sebuah program.

Akui kesalahan, ambil tanggungjawab

Mengakui kesalahannya, Isa menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya menjelaskan dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya mengenai isu tersebut.
“Sebenarnya tak ada apa-apa kenyataan yang perlu diberi, salah ya betul salah sebab saya buat program fikir cabaran.
“Yang ini bukan team atau influencer bawah syarikat saya, ini adalah cabaran sebenarnya, siapa yang berjaya duduk 77 hari tanpa telefon dekat rumah akan menang RM40,000.
“Tapi macam mana pun, betul, tak boleh nak duduk dalam satu rumah jadi saya memgambil tanggungjawab penuh untuk ini.
“Tidak ada kena mengena dengan mereka sebab mereka telefon pun tiada di tangan. Peserta yang memasuki cabaran ini, telefon kita tak bagi mereka pakai jadi mereka tidak tahu apa-apa,” jelasnya.

Reda kerugian kira-kira RM500,000

Dalam pada itu, Isa juga memaklumkan akan membatalkan program itu serta merta biarpun mengalami kerugian hampir RM500,000.
“Saya mengambil tanggungjawab dan mungkin saya akan batalkan program ini… Ya batalkan program ini serta merta.
“Ada beberapa dokumentasi yang perlu dibuat, saya akan batalkan dan minta semua peserta balik.
“Tetapi saya tak bagi mereka tanggung rugi sekali, hadiah tetap akan diberikan mungkin bukan sorang yang dapat tapi kena bahagi antara mereka.
“Total nak dekat RM400,000 kerugian tapi tak mengapa sebab salah tetap salah. Itu tidak termasuk shif, program ini saya buat 24 jam rakaman.
“Satu shif akan ada enam pekerja untuk projek ini sahaja, tidak termasuk YouTube dan sebagainya. Enam orang satu shif darab dengan tiga shif.
“Lapan jam satu shif. Itu sahaja sehari nak dekat RM4000, sebulan RM120,000,” ujarnya.

Ambil pengajaran

Bagaimanapun kata Isa, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang program dan mengambil pengajaran atas isu yang berlaku.
“Jadi tak kisahlah, rugi tetap rugi tetapi saya akan ambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan bergerak ke hadapan.
“Ini adalah kerugian yang paling besar saya rasa sebab cabaran tengah berlangsung tetapi diberhentikan.
“Jadi barang barang itu bukan untuk rakaman konten YouTube, itu semua untuk live production bukan kamera DSLR atau apa.
“Tak apa, saya akan buat bayaran dekat semua peserta. Hadiah ada, kemudian saya akan suruh mereka balik dan minta maaf kepada semua orang,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

Berikut merupakan kenyataan penuh Isa:
@isaisarbofficial
??
♬ original sound - Isa Isarb
Terdahulu, sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari.
Apa yang memisahkan antara lelaki dan perempuan di dalam rumah berkenaan hanyalah satu dinding mudah alih yang disediakan dan digunakan hanya pada waktu tidur.
Sedutan video tersebut dimuat naik semula di Platfom X itu kemudiaanya mengundang rasa kurang senang dengan konten yang dilakukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live