Dalam kesemua senarai bintang yang bertanding untuk Gegar Vaganza 2019 (GV2019) tahun ini, kumpulan One Nation Emcees merupakan peserta paling amatur kesemuanya.
Malah, hal itu dipersetujui oleh warganet hingga menyifatkan kumpulan yang dianggotai Mimi Fly, Sabhi Saddi, Jojo Fly dan Kozae itu tidak layak bertanding sebaris dengan penyanyi legenda lain.
Mengulas mengenai perkara itu, kata Mimi setiap anggota kumpulan One Nation Emcees sendiri masih tidak percaya dapat melayakkan diri untuk menyertai GV2019.
"Perkara ini memang nak jadi, setiap seorang daripada kami tidak meminta pun nak masuk GV tetapi tiba-tiba tersenarai antara 13 peserta tahun ini.
"Sebenarnya kami sedikit lagi nak tarik diri tapi memikirkan sesi fotografi pun sudah buat, jadi kami redah sajalah!
"Apabila dapat tahu senarai bintang GV2019 semuanya legenda, kami pula antara masih baru, ini tak kelakar! Memang rasa sangat merendah hati. Jadi, kami anggap ini takdir dan teruskan sajalah berjuang," katanya kepada Gempak.
Ujar Mimi lagi, setiap anggota kumpulannya masing-masing sudah punyai kerjaya dan kehidupan peribadi sendiri.
Mimi dan Sabhi masing-masing sibuk dengan kerjaya solo manakala Jojo dan Kozae sedang rancak menguruskan perniagaan di Sabah.
Akui gentar untuk berentap bersama penyanyi-penyanyi berpengalaman, One Nation Emcees menganggap setiap minggu adalah detik terakhir mereka bersama GV.
"Setiap minggu adalah minggu terakhir kami. Kami tak pernah letakkan hasrat untuk mara sampai ke minggu akhir. Kiranya 'one week at a time'.
"Dapat berkongsi pentas dengan mereka (bintang GV2019) pun sudah bersyukur.
"Kita pun membesar dengan lagu-lagu mereka, inikan pula nak bertanding," tambahnya.
Namun, One Nation Emcees telah membuktikan mereka tidak harus dipersiakan memandangkan berjaya menduduki tangga keempat pada konsert minggu pertama Ahad lalu.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh tiga penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Amri Hassan
Wed Oct 16 2019
.jpg?ext=.jpg)

Shakilla Khoriri Sanggup Korbankan Hati & Perasaan Sendiri Demi Anak - “Aku Jahat Tapi Tak Pernah Ajar Ajaran Yang…”
Pengorbanan seorang ibu...

“Satu Job Saya Cancel, Selesaikan Yang Mana Penting Dahulu,” - Amir Raja Lawak Tak Tamak, Percaya Pada Rezeki
Patutlah Amir selalu murah rezeki...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 8
Akim berterusan memberi semangat kepada Mira yang kemurungan.

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 8
Di hari nak berikan rakaman tape itu kepada Phoebe, Ejoi ternampak Phoebe jumpa teman lelakinya, Jason. Ketika itu, Ejoi nampak Phoebe dikecewakan. Ejoi teman Phoebe di waktu sedih.
![[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib [VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/4_9.png?ext=.png)
[VIDEO] Watie Hanifiah Sambut Ulang Tahun kelahiran, Netizen Lebih Tertarik Dengan Ucapan Shuib
Selamat hari lahir!
_2.png?ext=.png)
“Tak Boleh Tengok Diri Saya Di Cermin” - Meerqeen Diserang Depresi Kerana Watak Drama
Kesian Meerqeen

Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.
