Penyanyi Kaka Azraff mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Menurut Kaka, dia berasa tidak sabar untuk bertemu dengan putera sulungnya.
“Alhamdulillah saya dan anak sihat... Secara jujurnya memang rasa agak gementar bila tarikh jangkaan bersalin dah hampir.
“Perasaan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Memang gementar tapi lama-lama rasa itu dah bertukar menjadi teruja. Saya dan suami dah tak sabar nak jumpa baby.
“Doa-doakanlah semoga segala urusan bersalin saya dipermudahkan,” katanya.
Kaka ditemui pada majlis pelancaran muzik video terbaru berjudul ‘Diamonds’ bertempat di Black Pearl Event, Shah Alam sebentar tadi.
Mengulas mengenai anak, Kaka mendedahkan sudah memilih nama untuk permata hatinya.
“Kalau ikutkan saya teringin anak perempuan tapi tak kisahlah, ini rezeki dan buah hati saya.
“Kami dah pilih nama untuk anak, tidak terlalu klasik dan tidak pula terlalu moden serta satu patah perkataan sahaja,” jelasnya.
Kaka dijangka bakal bersalin pada 9 Oktober depan.
Terdahulu, Kaka dan Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas majlis merisik diadakan pada 27 November tahun yang sama.
Mya Amri
Wed Oct 02 2019


Prilly Latuconsina Ingat Tuhan saat Berpuasa Ditengah Pandemi

“Saya Pernah Terguris Di Pentas Komedi” – Danial Zaini
Berkat sabar akhirnya Danial berjaya.

Hargai Jasa Ibu Bapa, Eyra Hazali Hadiahkan Sebuah Kereta - "Siapa Sangka, Rezeki Melimpah Ruah Pada Awal Tahun ..."
Selalu tertanya-tanya bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yang lebih selesa.

Mazda Perkenalkan Edisi Terhad MX-5 Sport Venture
Penambaikan kosmetik yang diberikan sekurang-kurangnya membuatkan ia kelihatan lebih menonjol berbanding versi standard.

“Jumpa #GegarLawak Pastu Jodoh…Walaupun Arwah Abah Tak Dapat Tengok Korang, Tapi…” – Achey Gembira Tasha dan Abe Kini Bergelar Suami Isteri
Diam-diam je Tasha & Abe ni ya...Apapun tahniah dari kami...

“Kejap Aku Menangis, Kejap Tersengih” - Hands Down! Ini Episod Paling Sedih & Sweet Projek: Anchor SPM
Tapi ending dia…

Ramadan Kembali Dengan Lebih Warna, Solat Tarawih & Bazar Ramadan Dibenarkan, SOP Jangan Lupa Ya!
Ramadan kali ini mungkin menambah lebih keceriaan kepada umat Islam di Malaysia kerana pihak kerajaan memberi sedikit kelonggaran.

UCAPAN SALAM LEMBARAN BAHARU
Jom hantar ucapan AIDILFITRI anda melalui SALAM LEMBARAN BAHARU

Ditegur Berniqab Tetapi Masih Rancak Berfesyen, Adzrin Adzhar; "Saya Fashionable Dari Dulu, Niqab Bukan Halangan Untuk ..."
Kalau belum ready jangan berniqab.

“Lepas Lima Bulan Terapi Ace Dah Boleh Sebut Daddy” - Dr Say Nasihat Pantau Perkembangan Anak
Kepada ibu bapa, sentiasa pantau berkembangan anak anda.