Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

Mya Amri
20/07/2024 03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.

Sukar bertutur loghat Terengganu


Menurut Nora, salah seorang pelakon yang membintangi drama tersebut iaitu Aswad Jalil banyak membantunya untuk memperbetulkan dialek Terengganu memandangkan penyampai radio GEGAR itu berasal dari negeri berkenaan.

“Terima kasih pada Aswad kerana di dalam set dia banyak mengajar saya dialek Terengganu. Walaupun saya lahir di sana tetapi saya hanya berada selama dua tahun sahaja.


“Jadi kurang fasih dalam bahasa Terengganu, di mana saya tahu untuk bertutur dalam dialek Terengganu itu tidak mudah.

“Kalau dialek Kelantan saya okay lagi. Jadi dengan pertolongan Aswad alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” ujarnya.

Nora berkata demikian ketika sidang media drama rantaian Perang Nasi Dagang bertempat di Stor Teater (DBP), Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.

Seronok bekerja dengan Issey


Dalam pada itu, mengulas mengenai mengenai penggambaran Nora berkata dia berasa sangat seronok dapat bekerjasama dengan pengarah drama tersebut iaitu Issey Fazlisham.

“Issey merupakan seorang yang tegas ketika bekerja tetapi sebagai pengarah dia akan mengadakan sesi ice breaking terlebih dahulu.


“Tujuannya adalah untuk bagi semua orang rasa seronok dan selesa ketika penggambaran.

“Jadi jujur apa yang boleh saya katakan, berlakon di bawah pengarahan Issey memang terbaik,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Sebak, Kongsi Detik Penghijrahan - “Kadangkala Malu Dengan Diri Sendiri, Masih Tak Berubah Walau Sering Dengar Ceramah Agama”


ARTIKEL BERKAITAN:Lalui Kehidupan Berbeza, Nora Danish Nafi Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami - “Tak Mengapa Jika Lihat Dia Bersama Wanita Lain Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kembali Solo, Netizen Rancak Cuba Nasib Pikat Nora Danish


Selain Nora, pelakon lain yang membintangi Perang Nasi Dagang adalah Sabri Yunus, Mek Yun, Aswad Jalil, Issey, Adrina, Kimal dan Merie.

Jangan lupa saksikan Perang Nasi Dagang, setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna dan strim di Astro Go.


#Nora Danish #Drama #loghat #Pantai Timur #Issey Fazlisham #Issey #Terengganu #Dialek #Aswad Jalil #Perang Nasi Dagang