UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Tak Mudah Jadi Terkenal, Khairul Aming Reda Hilang Privasi Hidup - "Saya Yang Pilih..."

Umirah Halim 14/02/2025 | 11:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming mengakui sukar bergelar seorang jutawan.

Banyak tanggungjawab

Menurut Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata gelaran tersebut hadir dengan pelbagai tanggungjawab namun tidak menafikan ia sedikit sebanyak mengubah kualiti hidup.

“Ia datang dengan pelbagai tanggungjawab, itu sahaja yang KA (Khairul Aming) boleh jawab.
“Korang jangan fikir dapat satu juta tu masalah dunia selesai. Kita akan hadapi lebih banyak tanggungjawab, tapi sudah tentu kualiti hidup tu berubah.
“Memang kewangan berubah, tapi untuk mengekalkan kehidupan yang sebegitu bukan senang,” ujarnya.

@khairulamingfans_ 🗣️: “Best tak jadi millionaire?” @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming ♬ original sound - Fans KhairulAming

Dalam pada itu, Khairul turut menyatakan menjadi seorang ‘influencer’ terkenal bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa mengorbankan kehidupan peribadi demi pekerjaan.

“KA sekarang memang tak ada privacy. Tapi KA reda, saya pergi mana-mana kita penat macam mana pun kena hadaplah.
“Sebab saya yang pilih dunia macam ni, sebab tu siapa-siapa yang nak famous tu, jangan fikir famous ni semua benda indah, sebab kita akan korbankan kehidupan peribadi kita,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tanya Penat Tak Jadi Seorang Khairul Aming, Ini Respons Tuan Badan - “Sedih Bila Orang Cakap…”

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Risau Kecanggihan Teknologi Buat Pelajar Generasi Kini Hilang Fokus - “Tengok Buku, Otak Tak Berfungsi”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tertarik Tengok Koleksi ‘Repost’ Di Akaun TikTok Khairul Aming - Selalu Yang Single Memang Dia Akan Kongsi…”

#Privasi #Aming #Khairul #hilag