Hiburan
Tak Mudah Nak Senang, Siapa Sangka Syida Melvin Pernah Berniaga Gerai Air Bantu Keluarga
Semangat dan sikap tidak mudah putus asa, itulah antara kunci utama yang dipegang oleh pelakon Syida Melvin ketika melalui waktu sukar suatu ketika dahulu.
Adik kepada aktres Syatilla Melvin ini juga pernah meniaga di gerai air untuk membantu keluarganya sebelum ini.
Seawal usia 12 tahun Syida sudah didedahkan dengan perniagaan dan boleh disifatkan sebagai seorang yang sangat matang.
Ikuti perjalanan Syida Melvin tentang bagaimana dia menjadi ahli perniagaan yang berjaya pada usia 22 dengan bantuan ibu bapanya dan adik-beradiknya.
Saksikan Syida berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya dalam episod penuh program terbaru berjudul Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube pada 17 Oktober ini.
Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang.
Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.
Must-Watch Video