Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tak Mudah Nak Senang, Siapa Sangka Syida Melvin Pernah Berniaga Gerai Air Bantu Keluarga

Mya Amri
16/10/2019 08:40 MYT
Semangat dan sikap tidak mudah putus asa, itulah antara kunci utama yang dipegang oleh pelakon Syida Melvin ketika melalui waktu sukar suatu ketika dahulu.

Adik kepada aktres Syatilla Melvin ini juga pernah meniaga di gerai air untuk membantu keluarganya sebelum ini.

Seawal usia 12 tahun Syida sudah didedahkan dengan perniagaan dan boleh disifatkan sebagai seorang yang sangat matang.

Ikuti perjalanan Syida Melvin tentang bagaimana dia menjadi ahli perniagaan yang berjaya pada usia 22 dengan bantuan ibu bapanya dan adik-beradiknya.

Saksikan Syida berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya dalam episod penuh program terbaru berjudul Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube pada 17 Oktober ini.

Mungkin ramai yang tak tahu, dulu-dulu Syida pernah berniaga di gerai air dan keluarga dia juga pernah menghadapi situasi yang sangat sukar . Ikuti perjalanan Syida Melvin untuk ketahui tentang liku-liku kehidupan sebelum berjaya mencapai impian . Saksikan Curhat, 17 Oktober ini hanya di gempak.com/curhat atau klik link di bio! . #Curhat #mynivea #PencetusKeyakinan . @syidamelvin @mynivea

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang.

Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.
#pelakon #Pelakon #Syida Melvin #Curhat
;