Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Tak Nak Bisnes Orang Lain Terkesan" - Ruhainies Tarik Diri Dari StarVendors Mega Raya KLCC

Amri Hassan
16/03/2024 02:50 MYT
Penyanyi dan usahawan selebriti Ifa Raziah mengesahkan Ruhainies telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai festival jualan raya StarVendors KLCC Mega Raya yang dijadual berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April nanti.

Jelas Ifa, tindakan Ruhainies itu disebabkan enggan menjejaskan perniagaan pihak lain yang turut terlibat dalam festival berkenaan.

"Anis (panggilan Ruhainies) dah maklumkan yang Anis tarik diri. Jangan risau tau.

"Anis dah lama fikir sebab Anis tak nak kerana Anis bisnes orang lain terkesan. Anis faham.

"InsyaAllah ada rezeki Anis di tempat lain. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories.



Terdahulu, Ifa mengakui telah menerima kecaman dan ugutan boikot disebabkan pembabitan Ruhainies dalam festival jualan raya anjurannya.

BERITA TRENDING: "Janganlah Boikot Acara Saya... Saya Neutral, Ruhainies & Bella Astillah Adik Kesayangan Saya" - Ifa Raziah

Namun, Ifa tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menganggap Ruhainies dan Bella Astillah sebagai adik kesayangannya.
#pelakon #Viral #Kontroversi #Ifa Raziah #Ruhainies #Tarik Diri #StarVendors