Tak Nak Kalah! Azah Aziz Jadi Pontianak Di Montreal Sempena Halloween

Amri Hassan
November 1, 2018 09:37 MYT
Pelakon yang popular pada era 1990-an, Azah Aziz tidak melepaskan peluang untuk menyarung kostum sempena Halloween semalam.
Menerusi kemas kini di Instagram peribadinya, Azah memilih untuk menjadi pontianak di bumi Montreal, Canada bersama rakan-rakannya.
"Pontianak sundal malam Montreal. Sini bebudak panggil aku Annabelle, dia orang tak kenal pontianak," tulisnya menerusi salah satu entri di Instagram.
Azah turut berkongsi keletahnya bersama rakan-rakan bersiap-sedia untuk Halloween.
Malah, Azah sempat berseloroh seakan-akan sedang menjalani penggambaran filem sekuel Munafik 3.
Mengimbas kembali, Azah yang pernah membintangi filem Cinta Korprat bersama Azhar Sulaiman dan Rusdi Ramli suatu masa dahulu kini menetap di Canada selepas mendirikan rumah tangga bersama Daud Leroy Abdullah.
Apapun, jom lihat gambar-gambar menarik Azah Aziz menyambut Halloween di Canada.
#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Azah Aziz #Halloween