Pelakon Didie Alias akui tidak 'merajuk' dari bidang lakonan, namun dia mengharapkan bayaran yang setimpal dengan bakat yang dimilikinya.

Memetik laporan HLive, Didie mengatakan dia tidak mahu sekadar 'tangkap muat' dalam memilih tawaran lakonan yang diberikan.

"Memang saya jarang keluar TV sekarang tapi saya bukanlah merajuk, tapi bayaran yang ditawarkan kepada saya biarlah berbaloi.

"Saya tak mahu sekadar tangkap muat untuk berlakon, saya mempunyai bakat dan banyak juga saya memegang watak utama sebelum ini.

"Saya tak mahu mengenakan harga yang terlalu tinggi, namun biarlah setimpal dengan bakat saya, apa yang penting saya lakukan kerja dengan hati yang ikhlas dan tidak mahu menyusahkan pihak produksi," ujarnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).