Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Tak Nak Sweet Sangat, Kalau Lelaki Sweet Nanti…”- Chacha Maembong Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Syafiqah Jalal
16/05/2020 09:43 MYT
Pelakon Chacha Maembong akui akan mengambil masa lima tahun lagi untuk berumah tangga.

Menurut Chacha dia masih belum mempunyai calon suami tetapi mempunyai ciri-ciri lelaki idaman untuk dijadikan pasangan hidup.

“Rasanya saya kahwin lagi dalam 5 tahun.

“Untuk ciri-ciri lelaki idaman saya suka lelaki yang tinggi, ‘gentleman’, ‘brutal, gila-gila macam saya dan lagi satu sentiasa suka bagi saya bunga.

“Lepas tu tak nak lelalki yang sweet sangat, kalau yang ‘sweet’ ni nanti cari gaduh,” katanya.

Chacha mendedahkan perkara tersebut di dalam program reality The House musim pertama dalam episod 3yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.

The House 1 menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
 
#The House #Emma Maembong #Emma Maembong #ChaCha Maembong