Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Tak Pandai Luah Isi Hati Pada Isteri, Hairul Azreen Lebih Selesa Guna Cara Mesej - “10 Tahun, Tapi Masih Lagi Rasa Macam Baru Bercinta”

Mya Amri 30/04/2025 | 02:31 MYT
Pelakon Hairul Azreen mempunyai cara tersendiri untuk membibitkan rasa cinta terhadap isteri, Hanis Zalikha.

Selesa luah isi hati melalui mesej

Menurut Hairul, antara cara yang dipraktikkan sejak dahulu adalah menghantar mesej romantis kepada Hanis setiap malam sebelum masuk tidur biarpun mereka tinggal serumah.

“Saya mesej dengan Hanis tiap-tiap malam sebelum tidur walaupun kami satu rumah. Kita boleh berborak, tapi saya suka mesej.

“Bila malam sebelum tidur saya akan berada di bilik gimnasium di rumah, Hanis pula akan bersama anak. Ketika itulah saya akan mesej dia.
“Kami memang selalu berborak mengenai banyak perkara seperti bisnes, perancangan dan banyak lagi. Jadi, sebelum tidur saya fikir perlu mesej untuk beritahu apa yang saya rasa,” katanya.
Hairul berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan yang diusahakannya bersama Hanis, Toujours Advanced di Guardian, The Exchange, TRX pada Isnin.

Setiap hari rasa seperti bercinta

Dalam pada itu, Hairul berkata sebagai lelaki yang tidak begitu mahir meluahkan isi hati secara langsung, jadi menghantar mesej adalah cara lebih selesa untuk dia berbuat demikian.

“Mungkin ada yang fikir takkan nak kena cakap macam itu lagi sebab dia sudah jadi isteri. Tapi saya tidak, dalam 10 tahun ini saya masih lagi macam baru bercinta.

“Malah, Hanis juga akan mesej saya panjang. Bila bercakap mengenai keluarga, itu cara saya. Saya tak pandai cakap banyak, hanya mampu berikan yang terbaik sahaja.
“Selepas melamar di Gegar Vaganza dulu, saya cakap mungkin dia takkan dapat yang istimewa lagi sebab saya sudah tak tahu hendak buat apa,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Buat Video Naik Helikopter, Netizen Kagum Lihat Pencapaian Bisnes Hanis Zalikha & Hairul Azreen

ARTIKEL BERKAITAN:Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Puji Orang Yang Terus Tahu Dia Nak Ada Anak Atau Tidak” - Hanis Zalikha Kongsi Pandangan Tentang Childfree

ARTIKEL BERKAITAN:Sultan Pemurah Sebenar? Ramai Jealous Last Minute Plan Hairul Azreen, Siap Bawa Hanis & Anak-Anak Naik Helikopter Pergi Main Snow!

ARTIKEL BERKAITAN:"Bukan Networking Biasa-Biasa" - Netizen Teruja Lihat Hanis Zalikha Sekeluarga Naik Jet Peribadi Jutawan Vincent Tan Pergi Bercuti

Terdahulu, pada awal 2015, Hairul membuat kejutan dengan melamar Hanis untuk dijadikan isteri pada program Gegar Vaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria.
Hairul dan Hanis kemudian mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2015.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Yusuf Iskandar, 9, dan Alisa Aisyah, 6.
#Bercinta #Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Mesej #Isi Hati