Skip to main content

Budaya Popular

Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

astrogempak_hairul-dapat-raket-lee-zii-jia.png

Jaguh badminton negara Lee Zii Jia tampil lagi dalam hantaran di media sosial milik pelakon Hairul Azreen. 

Kali ini, selain bersantapan di kediaman Hairul, Zii Jia dilihat sempat meluangkan masa untuk bersama-sama dengan keluarga pelakon itu. Turut kelihatan dalam video terbabit, isteri Hairul, pelakon jelita Hanis Zalikha dan anak-anak mereka.

Dalam hantaran sama, Hairul sekeluarga teruja dengan raket dan bulu tangkis yang dihadiahkan oleh Zii Jia dari Paris.

"Ini... frame lah!," ujar Hairul ketika Zii Jia beritahu bahawa raket yang dipegangnya itu milik pemenang pingat gangsa.

Tonton video penuh di Gempak.com

Must-Watch Video

Advertisement