Hiburan

“Tak Pandai Sangat Takut Kena Marah” - Mengaji Bersama, Ramai Idam Mahu Calon Macam Suami Tasha Manshahar

gempak
Mya Amri
04/05/2020
10:05 MYT
Sponsor Banner
“Tak Pandai Sangat Takut Kena Marah” - Mengaji Bersama, Ramai Idam Mahu Calon Macam Suami Tasha Manshahar
Penyanyi Tasha Manshahar berkongsi momen manis mengaji bersama suaminya, Raqib Majid.
Tasha berkongsi momen tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.
Video pendek tersebut merakamkan Tasha sedang kusyuk mengaji di hadapan suaminya.
Menurut Tasha, dia berasa gementar setiap kali mengaji bersama suaminya. “Setiap kali kena mengaji depan Ustaz @raqibmajid ni setiap kali tu lah jantung macam nak tercabut ya.
“Nak nak pula sekarang dah ada ustaz baby tu nak check tajwid kita. Maklumlah, saya tak pandai sangat. Takut kena marah.
“Tapi macam mana ustaz tak marah kalau perangai anak murid dia yang sorang ni alih-alih hilang fokus time ngaji astaghfirullah. Sorry ustaz. Kita mula balik ok sorry sorry,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya menyukai momen manis pasangan berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang menyampaikan hasrat mahu mencari bakal suami yang baik budi pekerti seperti Raqib. Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pada 21 Jun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live