Laman Utama
“Tak Payah Kibar Bendera…”- Urus Jenazah Secara Percuma, Noorkhiriah Minta Yang Tidak Berkemampuan Hubunginya
Pelakon Noorkhiriah meminta agar sesiapa yang tidak berkemampuan untuk menguruskan jenazah waris mereka agar menghubunginya segera.
Menurut Noorkhiriah di kala semua sedang terkesan dalam tempoh pandemik ini, dia bersedia memberi bantuan menguruskan jenazah secara percuma.
“Dalam keadaan negara yang akak pun tak tahu macam mana, ini sahaja bantuan yang akak dapat hulurkan.
Advertisement
“Pengurusan jenazah percuma dari mandi, kafan, solat sampai ke tanah perkuburan. Meninggal pun kos tinggi.
“Tak payah kibar bendera..Tolong simpan nombor kontak untuk dihbungi sahaja. Tiada bayaran,” katanya.
Pelakon drama Nur itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yan rata-rata memuji usahanya dalam mewujudhkan pertubuhan tersebut.
Must-Watch Video