Berita
"Tak Payah Lelaki Kaya, Tetapi...." - Zulin Aziz
Pelakon Zulin Aziz menjelaskan status lelaki kaya itu bukan satu kemestian dalam mencari calon suami.
Menurut Zulin di laman Twitter, dia sebaliknya berpendapat bahawa seseorang lelaki itu harus pandai mencari duit dan bertanggungjawab dalam menjaga keluarga.
"Tak payah lelaki kaya,cukuplah lelaki tu pandai cari duit. Pandai hidup. Ada tanggungjawab.
"Itu dah cukup. Kalau tak cukup tu untuk mereka yang nak lebih dari apa yang cukup dari segi keperluan dengan memenuhi semua kehendak.
"Lelaki yang rajin bekerja memperoleh kejayaan atas usahanya sendiri. Lelaki yang pandai berdikari. Lelaki yang tahu erti susah tapi tidak pernah berhenti berusaha.
"Lelaki yang pernah gagal tapi tak pernah berhenti. Inilah calon suami. Kalau ditakdirkan susah bersamanya, dia xkan membiarkan," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Zulin dan mereka berharap dia akan segera bertemu jodoh tidak lama lagi.