Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Payah Pakai Baju Kot" - Netizen Sindir Adeline Tsen, Tapi Ini Respons Balasnya...

ZULHILMI JALIL
28/01/2020 08:47 MYT
Pelakon Adeline Tsen mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa foto dirinya mengenakan pakaian dengan imej menggiurkan di Instagram.

Foto berkenaan memaparkan pelakon berusia 34 tahun itu mengenakan busana dengan fabrik jarang dan telus pandang.

Sekali gus, memperlihatkan dirinya seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian pada bahagian dalam.

Ekoran perkongsiannya itu, ruangan komen Instagram miliknya dihujani dengan pelbagai komen.

Ada yang memuji penampilan beraninya itu, bahkan ada juga yang menyindirnya untuk terus tidak mengenakan pakaian langsung.

"Tak payah pakai baju kot," tulis salah seorang netizen.

Begitupun, komen itu kemudian mendapat respons Adeline yang berang dengan tindakan individu berkenaan.

"Mak bapa awak ajar awak macam tu ke? Kesian tak ada pelajaran dari segi pakaian," jawabnya.



Tidak terhenti di situ, beberapa pengguna laman sosial lain juga turut mengkritik penampilannya yang disifatkan agak memalukan.

"Kenapalah pakai baju macam tu, tak cukup baju ke awak, tak rasa malu ke?

"Aww, jaranglah, tak cantik baju awak.

"Macam tak pakai..", tulis sebahagian netizen di ruangan komennya.

Difahamkan, busana tersebut digayakan Adeline ketika menghadiri sebuah acara di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Love this candid shot ? Icing ?? . Photo from @azrelismail iPhone & @andreamir camera ? coz they know I will ask did u took my photo send it to me ?? thanks gang #Tiber . . #icingattheevent2020 #icingstyle2020 #fashionaddict

A post shared by Barbie Tsen (@adelinetsen) on


Adeline antara pelakon tempatan yang cukup dikenali dengan imej seksi.

Pelakon itu sebelum ini pernah mengakui bahawa dia sengaja mahu tampil seksi agar tidak mahu kelihatan tua.

BACA: "Pakai Seksi Sebab Tak Nak Nampak Tua" - Adeline Tsen

#pelakon #Pelakon #Adeline Tsen
;