Laman Utama

Tak Perlu Escort, Tak Payah Protokol, Netizen Puji PM Solat Jumaat Di Saf Belakang - "Pemimpin Qudwah Hasanah"

gempak
Amri Hassan
15/10/2021
13:20 MYT
Sponsor Banner
Tak Perlu Escort, Tak Payah Protokol, Netizen Puji PM Solat Jumaat Di Saf Belakang - "Pemimpin Qudwah Hasanah"
Kehadiran sosok Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada Jumaat tular di media sosial.
Menerusi perkongsian netizen di TikTok antaranya, Ismail dilihat hadir ke masjid tanpa sebarang kawalan keselamatan dan protokol seperti kebiasaan.
Malah, Ismail yang mengenakan baju Melayu warna hijau terlebih dahulu menunaikan solat sunat dan duduk di bahagian belakang bersama jemaah lain.
Pendakwah bebas, Ustaz Rahim Azhari menerusi video dimuat naik di TikTok berkata, tindakan Ismail itu adalah contoh terbaik pemimpin negara.
"Kenal tak siapa dalam gambar ini? Tadi saya solat Jumaat di masjid Putrajaya, saya nampak sosok tubuh ini, masyaAllah. Dia (Perdana Menteri) masuk masjid, mula-mula saya tak perasan siapa dia. Tapi bila dia bentang sejadah dan solat sunat, dalam hati saya, ya Allah ini. Betul, ini dia. Lama saya tengok, betul ini dia.
"Selepas itu saya terfikir, dia antara pemimpin tertinggi dalam negara, masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tidak ada pengiring, tidak ada keistimewaan untuk bawa ke depan. Kalau dia lambat, dia duduk di saf belakang sama macam rakyat biasa.
"Pada saya ini satu contoh dan ikutan yang patut dicontohi. Satu kualiti kepimpinan yang patut kita ikut, merendah diri, tak pernah merasa diri hebat dan gunakan kuasa yang ada untuk bawa diri ke depan. Tapi dia macam orang biasa saja," katanya.
@rahimazhari
Semoga Allah memberkati pemimpin2 ?? ##fyp ##malaysia
♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo
Sementara itu, personaliti RTM, Khairol Azwan Arba yang turut berada di masjid sama kagum dengan Perdana Menteri.
"Terbaiklah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Sri pun tak kisah duduk belakang dengan kami. #Respect ," tulisnya di Facebook.
Berdasarkan tinjauan di hantaran video yang tular itu, kebanyakan komen memuji sikap yang dipamer Perdana Menteri itu.
Ini bukan kali pertama Ismail menjadi tular dan mendapat perhatian di media sosial. Sebelum ini, beberapa aksi bersahaja Ismail berjaya dirakam orang ramai yang memperlihatkan bagaimana dia mendekati rakyat tanpa sebarang kawalan dan protokol khas.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live