Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Tak Perlu Jatuh Cinta Semata Nak Bina ‘Chemistry’” - Ezzanie Jasny

Khairil Khusyairi 11/05/2025 | 21:50 MYT
Pelakon meningkat naik, Ezzanie Jasny berpendapat tidak perlu ada keperluan bercinta dengan pasangan gandingan demi mencipta keserasian dalam sesebuah naskah.

Pemahaman Jiwa Lebih Penting

Menurut Ezzanie, 25, dia menyifatkan pemahaman jiwa dalam lakonan adalah lebih penting berbanding mewujudkan sebarang hubungan semata untuk mendapatkan keserasian.

“I’ve come to believe that kau tak perlu pun jatuh cinta dengan co-star atau sparring partner semata-mata nak create chemistry on screen.

“Bila kau betul-betul embody watak tu and bila character tu hidup dalam diri kau, chemistry tu akan shows up on screen.

“It’s not about forcing a connection off-screen, it’s about truly understanding the soul of the story,” tulisnya.

Syukur Banyak Belajar Dari Pelakon Lain

Tambah pelakon Layang-Layang Perkahwinan itu lagi, dia bersyukur dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat sepanjang bergelar anak seni.

“And I’m beyond grateful sebab sepanjang journey ni, I’ve been blessed with heroes and sparring partners yang semuanya hebat.

“Setiap dari mereka datang dengan pengalaman dan cara kerja yang berbeza kan and that in itself is such a beautiful learning process.

“It keeps me growing & adapting in this industry. Tak sabar nak explore more genres and emotions dalam industry ni,” tutupnya optimis.

#pelakon #Jiwa #Serasi #Jatuh Cinta #Ezzanie Jasny