Sharifah Sakinah selaku pelakon utama telefilem tersebut menyokong tindakan netizen mempopularkan dialog itu.
Malah, memberikan galakan buat netizen yang terbuka untuk merakamkan pelbagai versi parodi.
"Kepada netizen yang membuat parodi pasal 'Ha Tepuk!', buat je jangan fikir pasal netizen lain yang hentam cakap anda tak kelakar.
"Kita perlu berfikiran positif, jadi diri sendiri dan tak perlu malu," kata Sakinah memberikan semangat.
Sebelum ini dialog mencuit hati diucapkan Sakinah dalam telefilem Bini Aku Dari ... tular di media sosial.
Telefilem lakonan Sakinah dan Aiman Hakim Ridza itu merupakan kesinambungan daripada drama komedi Girlfriend Aku Dari Neraka? tahun lalu.
Bini Aku Dari ... telah ditayangkan pada 17 Jun lalu di saluran Astro Warna.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sharifahsakinah