Hiburan
Tak Perlu Panik...Perintah Berkurung Beli Keperluan Asas Rupanya Palsu!
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan orang ramai supaya tidak panik untuk membeli barangan keperluan susulan kes wabak COVID-19 yang semakin serius.
Menerusi satu posting di Facebook, KPDNHEP menjelaskan berita atau mesej berkaitan cadangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar rakyat mula membeli barang keperluan asas dan perintah berkurung adalah palsu.
"KPDNHEP berharap tiada 'panic buying' dilakukan kerana situasi ini akan lebih mendatangkan kesan negatif kepada harga dan bekalan barang keperluan harian pengguna.
"Mesej perintah berkurung juga palsu. Mohon hentikan perkongsian berita palsu itu," katanya.
Tambah kenyataan itu lagi, Omnipresence penguat kuasa KPDNHEP juga akan berterusan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan harga serta bekalan barangan keperluan.
"Orang ramai perlu yakin dengan usaha dilakukan KKM berkaitan langkah penjagaan dan kawalan kebersihan susulan penularan COVID-19," katanya.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video