gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Mangsa Siber Buli Harus Bersuara” - Uyaina Arshad
BERITA
Kes Zara Qairina: 'Kak Wana, Kak Dedeng Dan Tomboi' Masih Bersekolah Di Situ, Tiada Kaitan VIP
HIBURAN
Shila Amzah Harap Ibu Cepat Kahwin, Seronok Tengok Makin Bahagia - “Dia Ketika Ini Berada Di Fasa Menikmati Kebahagiaan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Tak Perlu Pergi Kaunter Lagi Lepas Ni…Dah Boleh Renew Lesen Memandu Secara Online!

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
06/10/2020
04:30 MYT
Sponsor Banner
Tak Perlu Pergi Kaunter Lagi Lepas Ni…Dah Boleh Renew Lesen Memandu Secara Online!
Selepas ini tidak perlu lagi ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaharui lesen memandu kerana boleh dilakukan di rumah, pejabat atau mana-mana sahaja anda berada.
JPJ menerusi sebuah kenyataan media memaklumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dilaksanakan secara atas talian.
Menurut kenyataan tersebut, pemegang Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motosikal boleh memperbaharui lesen bermula 9 Oktober 2020 menerusi sistem myEG, manakala pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh memperbaharui lesen mereka bermula 16 Oktober 2020 ini.
Bagiamanapun ia tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Percubaan Memandu (PDL).
“Pelaksanaan ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.
“Pada waktu ini perkhidmatan atas talian melalui sistem myEG adalah bagi urusan pembaharuan LKM bagi urusan kereta persendirian sahaja. Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu beberapa perkhidmatan JPJ telah terganggu disebabkan penutup kaunter akibat pandemic Covid-19.
“Justeru melalui inisiatif ini JPJ akan menjadi lebih cekap dan mampan bagi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#JPJ
#Lesen Memandu
#Renew Online
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement