HIBURAN

“Tak Perlu Segan Untuk Minta Maaf & Mengaku Khilaf” - Siti Nurhaliza

Mya Amri 06/03/2025 | 06:55 MYT
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat tidak perlu berasa segan untuk memohon maaf sekiranya melakukan sebarang kesilapan.

Tak perlu malu mengaku salah & minta maaf

Menurut Siti, tindakan seperti itu adalah lebih baik dan perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham berlaku sehingga menyebabkan sesuatu isu berlarutan.

“Saya rasa betul, kalau kita khilaf, kesilapan kita, saya minta maaf.

“Itu lebih baik, it’s okay. Bagi saya tak perlu nak rasa segan untuk minta maaf,” ujarnya ketika ditemui di majlis perasmian Budaya Raya yang berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang pada Rabu.
Siti berkata demikian ketika diminta mengulas tentang permohonan maaf dibuat susulan tindakannya mempromosikan produk berkaitan nikotin di Instagram miliknya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Aisha Retno Impi Kembalikan Era Tradisional Siti Nurhaliza - “Saya Yakin Ramai Yang Rindu…”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Tiri Siti Nurhaliza Hanya Makan Daging Wagyu, Belanja RM30,000 Buat Tetamu - "Tiada Daging Lain Boleh Lawan Rasa & ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Rapat Seperti Keluarga, Kehilangan Pengurus Beri Kesan Mendalam Buat Krisdayanti - “Kami Boleh Diibaratkan Seperti Siti & Kak Rozi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Cover Ringkas “Bukan Lagi Kita” Siti Nurhaliza Bikin Netizen Tak Keruan - “Tergamak Tokti Nyanyi Sikit…”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Lelaki Siti Sairah Tular, Netizen Terpukau Suara Merdu Bawa Lagu Siti Nurhaliza - “Memang Satu Family Telan Dvd Ke, Sedap Betul”

Dalam pada itu, Siti juga berharap agar orang ramai menerima permohonan maaf yang dibuat.
"Saya sendiri kongsi (hantaran itu) ketika dalam keadaan santai. Mungkin silap berkongsi," ujarnya.
Terdahulu, Siti tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendapat teguran oleh pihak Public Health Malaysia di Facebook selepas mempromosikan produk nikotin di media sosial, baru-baru ini.
Bukan sekadar memohon maaf, Situ juga bertindak menurunkan hantaran berkenaan daripada Instagram miliknya.
Permohonan maaf Siti itu kemudiaannya menerima pujian netizen.
#Siti Nurhaliza #Datuk Siti #CTDK #Minta Maaf