Bekas isteri kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan berkongsi momen-momen bercuti bersama anak-anaknya ke Janda Baik, Pahang minggu lalu.

Tegas Vie, aktiviti beriadah itu dilakukan mengikut kepatuhan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

"Alhamdulillah, bila dengar saja kerajaan mengistiharkan semua aktiviti riadah dah boleh buka 'mask', kami menjadi orang pertama yang merasmikan @rimbavalley.jandabaik bersama anak-anak di Janda Baik.

"Hanya 30 minit dari rumah kami, inilah berita gembira buat anak-anak yang dah terlalu lama berkurung di rumah. Bukan kami saja yang happy dapat masuk hutan, tapi.... orang hutan pun suka tengok kami.

"Yang paling penting @vieraissa2020 sangat sporting ye. Sedikit pun dia tak takut dengan semua aksi naik turun bukit dan meredah sungai dengan ATV. Tqsm semua rangers yang jaga kami. You guys memang terbaik.

"Tak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor. Yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya. Yang penting ke mana pun kita pergi tetap harus menjaga jarak dan lengkap vaksin dua dos ok?" tulisnya di Instagram sebelum menutup ruangan komen hantaran terbabit.



Bagaimanapun, kenyataan Vie itu dipertikaikan segelintir pengguna di laman sosial Twitter yang memuatnaik semula hantaran dari Instagram usahawan wanita itu.

"Tol Gombak sempadan Selangor? Jumpa exit naik Genting Highlands dulu sebelum Janda Baik kan? Habis tu kenapa ada yang kena saman naik Genting Highlands minggu lepas?" tulis pemilik akaun @alina_m_ra.

"Tengok IG tempat berkenaan, dah terang-terang lokasi di Pahang," tambah pengguna lain.

Terbaharu, Vie kini berada di Riyadh dan Jeddah, Arab Saudi, difahamkan atas tujuan kerja.

Tulis Vie menerusi hantaran di Instagram; "Syukur Alhamdulillah untuk semuanya hari ini. Meeting di Riyadh berjalan luar jangka."