Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Perlu Takut-Takut, Anda Kini Boleh Lawati 6 Lokasi Palestin Menerusi...

Hanafis Haris
06/11/2019 10:44 MYT
Palestin pastinya menjadi antara negara yang mahu dikunjungi khususnya yang beragama Islam.

Ini kerana, di situlah terletaknya masjid yang penuh sejarah iaitu Masjidil Aqsa ialah satu dari tiga masjid utama bagi penganut agama Islam.

Namun, hakitkat yang terpaksa 'ditelan', bukan mudah untuk memasuki Palestin kerana ia terletak di kawasan yang dikawal oleh kerajaan Israel.

Berita baik bagi anda, kini orang ramai boleh menikmati suasana dengan tenang di Palestion menerusi aplikasi Palestine VR telah dibangunkan.

Menerusi Palesteine VR, orang ramai boleh melihat sendiri dengan lebih dekat di enam lokasi iaitu Baitulmuqaddis, Hebron, Gaza City, Baitul Laham, Ramallah dan Khan Al Ahmar.

Difahamkan, aplikasi tersebut dibangunkan oleh NGO Palestine Institute for Public Diplomacy.

Palestine VR boleh dimuat turun percuma untuk peranti Android dan iOS.

Sumber: haaretz.com
#Islam #Palestin #VR