Berita

"Tak Pernah Ada RM40,000 Dikreditkan Ke Akaun Bank" - Syarikat Pengurusan Nafi Scha Elinnea Terlibat Aktiviti Tak Bermoral

ZULHILMI JALIL
21/10/2020
06:50 MYT
Syarikat pengurusan pelakon Scha Elinnea menepis dakwaan bahawa artis naungannya itu mempunyai kaitan dengan aktiviti tidak bermoral seperti yang tular dalam kalangan netizen susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegiatan artis meraih pendapatan sehingga RM40,000 baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan media, Absolute Management memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa memantau aliran tunai peribadi dalam akaun Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 21.
"Selaku pihak pengurusannya, kami mempunyai aliran tunai keluar masuk ke dalam akaun peribadi dia sejak dahulu lagi dan tidak pernah ada jumlah RM40,000 dikreditkan ke dalam akaun banknya.
"Sebagai syarikat pengurusan yang bertindak dalam menguruskan kalender dan jadual hariannya, Scha merupakan seorang artis yang komited dalam kariernya sebagai pelakon," katanya.
Penafian itu dibuat susulan tindakan sebuah blog yang didakwa menggunakan paparan tangkap layar dalam artikel berhubung isu skandal seks artis.
Katanya, tindakan blog berkenaan yang menggunakan profil Instagram artis naungannya itu sebagai gambar hiasan telah mencemarkan imej Scha biarpun tidak ada menyebut namanya dengan jelas.
"Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan artis kami menerima kritikan yang negatif di media sosial miliknya.
"Perkara ini secara tidak langsung telah mencalarkan reputasinya sebagai seorang pelakon baharu," katanya.
Pada masa sama, syarikat pengurusan tersebut turut memberikan tempih 24 jam kepada blog berkenaan untuk membuat permohonan maaf.
"Sekiranya gagal berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sebagai langkah seterusnya," katanya.
Sebelum ini SPRM mendedahkan terdapat aktiviti pelacuran dalam kalangan selebriti yang mampu meraih pendapatan lumayan.
Penemuan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil siasatan susulan aktiviti Macau Scam yang juga mengaitkan beberapa artis baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Berita

Wang Dalam Akaun Hilang Babitkan Kerugian RM24.2 Juta, Polis Tahan Kakitangan Bank

gempak
18/06/2024
06:24 MYT
Polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.
Viral

"Betul Rumah Dilelong, Saya Gembira Di Australia" - Sajat

gempak
30/03/2024
05:41 MYT
Nur Sajat mengakui salah satu asetnya di Malaysia iaitu sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor akan dilelong dengan harga RM4.68 juta pada 13 Mei depan.
Terkini

Bapa Berjawatan Tinggi Di Bank Terima Bonus Hampir RM400K, Anak Akui Berbaloi - “Tidur Pun Tak Cukup”

gempak
25/03/2024
07:55 MYT
Menerusi platform NGL, individu tersebut mengakui yang ayahnya yang merupakan individu berjawatan tinggi di bank menerima bayaran bonus hampir RM400,000.
Hiburan

Lana Nodin Mengamuk Kereta Kena Clamp, Netizen Kata Salah Tetap Salah - "Bagus Penguatkuasa Tak Pilih Bulu, Tetap Saman Walau Artis"

gempak
07/02/2024
05:15 MYT
Pelakon Lana Nodin hilang sabar apabila kenderaan miliknya dikunci tayar oleh penguatkuasa yang bertugas baru-baru ini.