Agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi mendakwa Nur Sajat mendaftar untuk mengerjakan umrah sebagai seorang lelaki.

Menerusi laporan Harian Metro, jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Nur Sajat atau Muhammad Sajad Kamaruzzaman memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa.

Menurutnya, apabila tiba di tanah suci Makkah, dia sebaliknya memberitahu kepada mutawiff di sana dirinya seorang khunsa.

BACA: "Bila Kita Di Sini, Kita Semuanya Sama" - Nur Sajat Bersyukur Selesai Tunai Umrah

“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.

“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

BACA: “Sepanjang Perjalanan Semua Ikut Garis Panduan, Cuma Sebaliknya Berlaku Di Sana” – Jawapan Agensi Pelancongan Selepas Dikecam Gara-Gara Sajat

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.

“Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.

“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.

BACA: "Lelaki Masuk Tempat Solat Wanita... Nanti Semua Orang Malaysia Masalah Nak Buat Umrah" - Kes Sajat Berpakaian Wanita Di Tanah Suci Dibawa Ke Pihak Atasan

Terdahulu, Sajat telah menjadi kontroversi selepas usahawan kosmetik itu mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro