Sebut saja tentang kerenah saudara mara pastinya banyak kenangan pahit manis yang terpaksa ditelan.

Namun, pernahkah anda berdepan dengan saudara mara yang menyerbu beramai-ramai ke rumah dengan menaiki bas sekolah?

Bukan seorang dua yang berkunjung tapi hampir penuh satu bas muncul depan rumah untuk menziarah.

Itulah situasi getir yang terpaksa dihadapi keluarga Iskandar dalam babak filem terbaru Keluarga Iskandar The Movie (KITM) kali ini.

Disebabkan Mak Jah dan ahli keluarga lain dalam perjalanan ke majlis Faris, maka hanya Azlan dan Adibah sajalah yang terpaksa melayan kerenah keluarga Ismail.

Babak tersebut boleh dikatakan antara babak yang paling kelakar dan dramatik dalam KITM.

Kecoh namun dalam pada masa mencuit hati.



Jika anda nak tahu apakah yang terjadi pada Azlan dan Adibah selebihnya, anda bolehlah tonton KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.