Penyanyi dan pelakon MK K-Clique mengakui pernah melalui zaman susah bekerja sebagai penarik kereta suatu masa dahulu.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, pekerjaan tersebut dilakukan bersama kawan-kawan selepas tamat pengajian diploma.
“Saya masih ingat lagi… waktu tu saya pernah hidup susah, kerja saya adalah tarik kereta dengan kawan-kawan. Ketika itu saya selepas tamat pengajian di tahap diploma.
“Begitupun itu cerita lama, saya berasa sangat bersyukur kerana diberikan rezeki dalam bidang muzik dan juga lakonan. Dan ia tidak pernah buat saya lupa asal usul saya,” katanya kepada Gempak.
Melihat pada perkembangan seninya, MK kini telah pun melebarkan sayap dalam bidang lakonan, dan terbaharu membintangi filem komedi romantik berjudul Bunga & Kayu.
Menurut MK, dia tidak kisah mencuba pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang seni asalkan dia percaya yang dirinya mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan baik.
“Bagi saya, apabila sudah masuk dunia seni ni, saya terbuka untuk mencuba pelbagai jenis cabang kerjaya. Saya tak kisah untuk belajar dan fahami hal-hal baharu.
“Sebab itu saya terima tawaran berlakon. Saya ingin belajar dan saya rasa proses pembelajaran itu yang membuatkan saya lebih faham apa yang ingin saya sampaikan.
“Saya percaya kepada rezeki. Tak kiralah bidang nyanyian atau lakonan, apabila saya diberi tanggungjawab, saya akan buat sehabis baik.
Menerusi filem Bunga Dan Kayu, MK memegang watak sebagai Noah dan bergandingan dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.
Filem ini mengisahkan tentang Noah, seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK, dan Azira, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin dan Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Izwan Isa
Thu May 12 2022


“Mana Harga Diri Mama?”- Anak ‘Sound’ Ibu Kacau Suami Orang
Anak ‘Sound’ Ibu Kacau Suami Orang
![[VIDEO] Netizen Kasihan Kak Long 7E Diperlakukan Seperti 'Lembu' - Saya Buat Sendiri, Dengan Rela Hati [VIDEO] Netizen Kasihan Kak Long 7E Diperlakukan Seperti 'Lembu' - Saya Buat Sendiri, Dengan Rela Hati](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/kak_long_lembu_header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Netizen Kasihan Kak Long 7E Diperlakukan Seperti 'Lembu' - "Saya Buat Sendiri, Dengan Rela Hati"
Pempengaruh yang pernah tular dengan insiden amukan kedai serbaneka 7-Eleven, Kak Long tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam video viral bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Baby Shima.

Gadis Putus Cinta Rempuh Pagar Rumah Keluarga Bekas Teman Lelaki
Seorang gadis yang baru putus cinta bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling pada jam 5 pagi Ahad.
![[VIDEO] “Macam-Macam Mereka Buat Dengan Gambar Saya…” – Siti Nurhaliza Sekali Lagi Menjadi Mangsa Scammer Penipuan Jual Beli Produk [VIDEO] “Macam-Macam Mereka Buat Dengan Gambar Saya…” – Siti Nurhaliza Sekali Lagi Menjadi Mangsa Scammer Penipuan Jual Beli Produk](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(34)_1.png?ext=.png)
[VIDEO] “Macam-Macam Mereka Buat Dengan Gambar Saya…” – Siti Nurhaliza Sekali Lagi Menjadi Mangsa Scammer Penipuan Jual Beli Produk
SScammer guna gambar gambar Siti Nurhaliza lagi

Buat Majlis Gender Reveal, Pekin & Mona Allen Bakal Timang Anak Lelaki Sulung
Semoga dipermudahkan nanti.

Malaysia Negara Ketiga Tertinggi Di Dunia Malas Jalan Kaki
Kalau boleh nak parking depan pintu.

Bunga's Secret Garden & McD Virtual Rock Concert Menang Emas APPIES APAC 2022!
Dua produksi terbitan Astro Gempak, Bunga's Secret Garden dan McD Virtual Rock Concert memenangi anugerah emas dalam majlis Anugerah APPIES Asia Pacific 2022 baru-baru ini.

Syarikat Safiey Ilias Didenda Di Mahkamah Miliki, Jual Produk Kesihatan Tidak Berdaftar
Tunggu dan lihat.

Selepas BLACKPINK, Rain Pula Datang Malaysia! Ehem, Tiket Percuma Tau
Hi nama saya Rain, ha gitu. Heheh
.png?ext=.png)
Peminat Anggap Atas Angin Independent Festival Sebagai Taman Permainan, Tolak Tepi Stigma Masyarakat, Penganjuran Perlu Diteruskan!
Peminat mahukan Atas Angin diteruskan