"Tak Pernah Nangis Teruk Macam Ni" - Peminat Tak Sabar Nak Tonton Episod Akhir Lafazkan Kalimah Cintamu

Kamaruddin Razal
Mac 8, 2018 02:50 MYT
Drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu yang diadaptasi dari novel karya Siti Rosmizah sudah hampir sampai ke penghujungnya.
Menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nadiyah Shahab, Azri Iskandar, Adibah Noor, Adriana Adnan dan ramai lagi, drama bersiri ini diarahkan oleh Along Kamaludin.
Menerusi pemerhatian di laman Twitter, drama bersiri ini yang bersiaran selama 32 episod ini berjaya mengundang kesedihan peminat.
Rata-rata peminat drama bersiri ini sebak sehingga berjuraian air mata menyaksikan episod ke-31 Lafazkan Kalimah Cintamu yang ditayangkan malam tadi.
Menerusi episod yang sama, peminat turut memuji lakonan Nelydia dan Adibah yang kelihatan sangat meyakinkan sehingga mereka yang menontonnya turut menangis.

Last night i watch #lafazkankalimahcintamu so touching ?...I sejenis yg jarang nangis kalau tgk drama sedih² but this time i nangis sbb @NelydiaSenrose ? Jahat tauuu buat owang nangis ?

— Amyra Nurfarhana (@amynrfrhna) March 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Harini #LafazkanKalimahCintamu episod akhir ? 2,3episod yang nak habis ni tiap kali tengok mesti nangis ? emosi weh

— yxe (@syahadahjuffri) March 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

sumpah sedih sial anjing episod #lafazkankalimahcintamu malam nii???mmg nice ah @NelydiaSenrose buat aku nangis can't wait for the last episode ??soalan sama je yg aku fkir "agk2 qila ni slamat ke tak?" mmg nice la you punya lakonan @NelydiaSenrose

— lynn (@azlinibarahim) March 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedih mlm ni tgk kakbong @adibahnoor nangis ??? #LafazkanKalimahCintamu

— Raihan (@EllRaihan) March 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku tahan nye air mata tak nak nangis tapi akhir nye nangis jugak aku???..#lafazkankalimahcintamu @NelydiaSenrose

— Norasmahz (@Norasmahz1) March 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peminat juga tidak sabar untuk menyaksikan kesudahan kisah antara Tengku Aqilah dan Tengku Ryan dalam episod akhir yang bakal bersiaran malam ini.
Jangan lupa saksikan episod akhir Lafazkan Kalimah Cintamu pada jam 10 malam ini di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#pelakon #Drama #Pelakon #Lafazkan Kalimah Cintamu