“Tak Pernah Terfikir Dapat Isteri Secantik Ayang…” – Amboi Bukan Main Sweet Ucapan Hairul Azreen Sempena Birthday Hanis Zalikha

Mya Amri
Oktober 9, 2019 10:41 MYT
Pelakon Hairul Azreen membuat nukilan istimewa sempena dengan ulang tahun kelahiran isteri kesayangannya, Hanis Zalikha yang ke-29.
Hairul menulis ucapan manis itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Hairul, dia bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang memahami dan sentiasa menjadi pembakar semangat buat dirinya.
“Happy birthday to my wife, @haniszalikha. Tak sangka inilah wajah isteri saya dari zaman kawan, bercinta, tunang dan sampailah dah ada Yusuf & Alisa, Haaaa (Jibu).
“Tak pernah pun terfikir dapat isteri secantik ayang, tiap malam kita sembang macam zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin.
“Selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dengan keluarga, salah silap kita dengan kawan-kawan, dengan kerjaya.
“Tak pernah jemu pandang dan sembang dengan ayang, hehe I tahu lah I yang paling manja selalu mengadu pasal shooting, I nak buat itu I nak buat ini dan ayang setia mendengar lepas itu bagi pendapat yang terus I rasa nak peluk kuat-kuat hehe.
“HANIS ZALIKHA ayang lah buat I jadi kuat untuk berjaya. Ermmm tak tahu nak cakap apa lagi hehe rasa malu pulak tulis macam ni, tapi terima kasih jadi mak kepada anak-anak kita, semoga ayang panjang umur dan Insya-Allah sama-sama kita bawa keluarga ke Jannah dengan izin Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aishah.
#pelakon #Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Pelakon