Hiburan

Tak Puas Hati Gaya Pemakaian Tudung, Ella Mahu Peminat Buat Design Untuknya

gempak
Mya Amri
14/02/2017
08:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Puas Hati Gaya Pemakaian Tudung, Ella Mahu Peminat Buat Design Untuknya
Penyanyi Rock terkenal, Ella akui tidak puas hati dengan gaya tudungnya dan memberi peluang kepada peminat membuat rekaan terbaru untuknya.
Menurut Ella, 51, walaupun sudah bertudung sejak Ramadan lalu namun dia masih lagi mencari gaya yang bersesuaian dengan imejnya.
“Bukan tak pernah reka sendiri, ada saja rekaan yang saya buat tapi saya mahu jadikan rekaan kali ini lebih istimewa dengan adanya penglibatan peminat.
“Saya mahu melihat kreativiti menerusi rekaan yang dihasilkan oleh para peminat saya. Mungkin ada diantara mereka yang berbakat tapi tak boleh nak tonjolkan, inilah platform terbaik untuk mereka.
“Sejujurnya saya memang seorang yang sangat suka pakai selendang sebab boleh digayakan mengikut citarasa sendiri.
“Tapi sebenarnya sehingga hari ini saya masih lagi belum berpuas hati dan masih lagi mencari gaya yang bersesuaian untuk diri saya.
“Jadi mana tahu mungkin saya akan jumpa gaya yang sesuai menerusi tudung rekaan peminat,” katanya.
Ella ditemui di sidang media Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl yang diadakan di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur pada Isnin.
Mengulas mengenai projek tersebut, Ella memberitahu idea tercetus melalui komen-komen yang diberikan oleh peminat menerusi media sosial tentang gaya pemakaian tudungnya.
“Projek ni dah lama saya rancang cuma baru dapat dilaksanakan pada tahun ini dan saya rsa sangat gembira.
“Saya terima banyak maklum balas mengenai gaya saya bertudung dan pelbagai reaksi saya terima tidak kira positif atau negatif.
“Saya terima saja kedua-duanya dengan hati yang terbuka. Tapi kebanyakan komen-komen yang saya terima banyak bertanya bagaimana untuk mendapatkan koleksi tudung yang saya pakai.
“Jadi dari situlah idea tercetus, dan saya rasa apa salahnya kalau saya buka pertandingan untuk peminat membuat rekaan tudung saya.
“Peminat bertuah yang memenangi pertandingan itu nanti, rekaannya akan dikeluarkan dibawah label Inai by Ella,” jelasnya.
Pertandingan Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl yang berlangsung dari 13 hingga 26 Februari itu dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Aidilfitri, Kasual dan Rock & Roll.
Pemenang akan menerima hadiah sebanyak RM5,000 sebagai ganjaran.
Peserta perlu memuat naik foto atau imej imbasan rekaan mereka di profail Facebook atau Instagram bersama hastag @inaibyella, @ellaaminuddin #InaibyElla #EllaCariDesignerShawl dan #RatuRockElla.
Selain itu, rekaan yang dihasilkan perlulah dihantar dalam format JPEG atau PDF ke emel urusetia iaitu [email protected] dengan butiran peribadi sebagai bukti penyertaan.
Untuk keterangan lanjut boleh menghantar mesej atau Whatsapp di talian 012-779 1277.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024